| Media barring by political parties |
|
|
|
| Media Monitor | |
| Friday, 11 December 2009 | |
|
CIJ has written a letter to Utusan Malaysia over the paper's selective representation of CIJ's views on the issue of media barring by political parties.
Pusat Kewartawanan Bebas (Centre for Independent Journalism)
Tetapi, CIJ menolak unjuran penulis bahawa CIJ selama ini
berpihak kepada parti pembangkang. Pendirian CIJ adalah berdasarkan
kepada prinsip-prinsip kebebasan bersuara, akhbar bebas dan independen,
dan hak orang ramai untuk mendapat maklumat. Kenyataan-kenyataan CIJ
secara konsisten mengambil pendekatan kritikal terhadap parti-parti
politik kerajaan mahupun pembangkang dalam mempertahankan hak orang
ramai.
Oleh itu dakwaan bahawa CIJ "telah mulai
membuka mata"
dengan tindakan parti pembangkang dalam kejadian wartawan Utusan di
sidang Selproa adalah tidak tepat. Malah ia menunjukkan dengan jelas
agenda akhbar tersebut dalam bertindak secara selektif dan tidak adil
dalam liputan berita dan komentarnya. Ini kerana CIJ dalam kenyataannya
turut menekankan bahawa terdapat media tempatan yang gagal
melakukan tugas secara beretika dan ini antara sebab mengapa pemimpin
parti politik pembangkang, malah orang am juga, tidak yakin lagi kepada
institusi media arus perdana.
Prinsip-prinsip kebebasan merupakan sebahagian daripada hak-hak
asasi manusia yang diiktiraf di dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia. Oleh itu, mana-mana parti politik yang mendapat tampuk
kerajaan bertanggungjawab melindungi kebebasan bersuara. CIJ tidak akan
teragak-agak mengiktiraf kerajaan Barisan Nasional sekiranya ia sanggup
membuka lebih ruang terhadap kebebasan bersuara, antara lain dengan
memansuhkan akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan. |
|
| Next > |
|---|


