CIJ echoes GMI's protest on ISA against online critics PDF Print E-mail
Tuesday, 10 July 2007
On July 9th, an UMNO official, Mohamad Norza Zakaria reportedly called for bloggers who criticizes government leaders to be arrested under the Internal Security Act (ISA). The statement came after blogger Tian Chua, who is also an opposition party leader for the People Justice Party, published a digitally manipulated photo featuring the deputy Prime Minister in a dinner with the look-alike of the murdered Mongolian beauty, Altantuya Sharibuu, and one of the accused Abdul Razak Baginda, who is also the deputy PM's advisor. CIJ supports the Movement to Repeal ISA (GMI) in protesting the call to invoke the law which allows for detention without trial. Read the statement (in BM) here.

 


 

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berasa kesal dengan saranan yang dibuat oleh beberapa pemimpin Pemuda UMNO seperti yang dilaporkan dalam akhbar supaya menggunakan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pengendali blog khususnya ke atas Tian Chua, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.

 

GMI ingin menegaskan penggunaan ISA merupakan jalan mudah yang digunakan untuk menangkis fitnah dan dakwaan. Tanpa perlu bersusah payah mengemukakan bukti dan melaksanakan perbicaraan, seseorang itu boleh disoal-siasat, diseksa dan ditahan berlanjutan hingga masa yang tidak menentu.

 

GMI menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati dalam mencadangkan penggunaan satu undang-undang tanpa bicara seperti ISA kerana implikasinya cukup besar. Kuasa yang luas di bawah ISA membuka peluang untuk mencemar kebenaran dan keadilan. Sekiranya sesiapa yang didapati bersalah setelah melalui proses mahkamah, maka dakwa dan hukumlah mereka. Jika tidak, bebaskan mereka. Jangan guna ISA kerana ISA bukan jalan penyelesaian.

 

GMI tetap dengan prinsipnya bahawa ISA merupakan satu undang-undang yang zalim kerana menahan seseorang tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri. Oleh itu ISA bukan sahaja tidak layak digunakan malah sepatutnya dimansuhkan.

 

GMI menggesa kerajaan supaya melaksanakan saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM) untuk Mansuhkan ISA dan Bebaskan semua tahanan ISA dengan serta merta.

Bebaskan Semua Tahanan ISA!

Mansuhkan ISA!

Tutup KEMTA!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
Gerakan Mansuhkan ISA


 
< Prev   Next >